
Sebenar2nye wahai kaum lelaki, poligami bukanlah suatu prinsip yang wajib dilaksanakan di dalam syariah Islam sehingga boleh menyebabkan berdosa jika tidak mengamalkannya. Poligami hanya merupakan perkara harus dan satu rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat. Jelasnya di sini walaupun bahasa yang digunakan di dalam ayat di atas berunsur perintah, ia bukanlah membawa kepada makna wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati ia boleh membawa kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami tidak berupaya berlaku adil dan mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri yang dikahwini.
Syarat Poligami
1. Berkemampuan Untuk Menanggung Nafkah Isteri-isteri
2. Berlaku Adil Kepada Isteri-isteri
~Adil Dalam Menyediakan Kediaman - Kediaman isteri seboleh-bolehnya hendaklah diasingkan sebagai suatu inisiatif untuk mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu menular di
~Adil Dalam Giliran Bermalam - Suami berdosa jika memberikan giliran lebih banyak kepada salah seorang isteri berbanding dengan isterinya yang lain, tapi ni bergantung pada kerelaan isteri muda n tua=)
~Adil Dalam Musafir - Munurut pendapat Imam Syafie, suami wajib membuat undian di antara isteriisteri sekiranya beliau menginginkan salah seorang dari mereka menemaninya bermusafir. Dengan itu suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya. Kalau xbuat undian, Maknanya sisuami kena mengqada'kan giliran bermalam yang ditiggalkan sewaktu bermusafir.
Sebenarnya Islam telah menggariskan panduan yang sangat2 cantik untuk kite umat Islam, namun kebanyakan wanita yg banyak menolak untuk berpoligami ini adalah atas sebab perlakuan sang suami itu sendiri yang tidak adil dan melakukan kezaliman ke atas isteri muda mahupun tua.
Bagi lelaki mahupun perempuan, kedua2nya mempunyai kebaikan, namun kita kabur melihatnya kerana salah tingkah laku lelaki yang tidak adil dalam berpoligami dan nampak perempaun lebih merana dalam hal ini.Namun
.jpg)
AHA...ni bukan lesennya tapi sekiranya cukp n mampu nak penuhi ape yang telah digariskan diatas, lebih baik berpoligami dari melakukan zina terhadap perempuan2 yang bukan haknya
Sekadar berkongsi, renung2kan lah.....
Peace no war^_^//

5 comments:
kalau nak ikut nabi kena la lelaki-lelaki di luar sana kawin ngan ibu tunggal sebab isteri nabi Aisyah sorang je anak dara.
mostly yg kawin lebih dari satu nih semua dok pilih anak dara(eeh..tak ikut nabi tu..)hu..hu..
tepuk dada tanya iman
thats right daisy...byk depa nie ikut nfsu yg mbuak2 tu...motif nabi dulu len...
depa nie smgt nk bbini bru je lebei...^_^
lelaki, kalau nak ikut sunah nabi, yang wajib tu pastikan tak tinggal dulu yek..
p/s : tak sangup nak bermadu...
pihak perempuan mungkin kecil hati sikit kot..
My latest entry : Tergantung Di Roller Coaster Selama 20 Minit !
oh aini..kompom diriku jua tidak rela...ekekekke
shafiq~ ape yg kcik hati 2...huhuhu
Post a Comment