Boleh Qiqi tanya tak kat korang-korang semua. Apakah tujuan sebenar2 korang berblogging? Adakah untuk mencari nama seperti Redmummy??? Ben Ashaari?? Ataupun korang sekadar menggunakan blog ini semata-mata hanya untuk bersukaria, diari online, mahupun tempat korang menceritakan masalah-masalah korang yang melanda bagai nak gile tu???
Pasti masing-masing punya hak dan cara masing-masing mengendalikan blog masing-masing. Namun, percayakah korang yang Qiqi yang dah dekat 7 bulan berblogging ni asih belum tahu arah tuju sebenar tujuan Qiqi berblogging. Dahulu pada mula- mula Qiqi nak cebur kan diri dalam dunia blogging ni adalah disebabkan JustKhai. Salah kan la beliau kenapa Qiqi telah menyumbang peratus makhluk berblogging kat Malaysia ni. Semua sebab beliau sebabnya Qiqi rasa sangat teruja dengan cara penulisannya, cara beliau berinteraksi dengan pengomen-pengomen lain, cara penyampaiannya. Sehinggalah 1 harii tu Qiqi bukak blogspot ni dan mula berblogging.
Diawal pembabitan Qiqi memang pernah berangan nak jadi seperti Khai, sebab masa tu memang dia yang Qiqi nampak ikon sebagai blogger harapan bersama kejayaannya. Namun, dari hari kehari, Qiqi semakin hilang arah tuju. Semakin lama, semakin jauh Qiqi tersesat dalam dunia berblogging ni sehinggalah Qiqi jumpa Sis Dahlia, Uncle, Darkbatman. Mereka2 ni la yang mencetuskan lagi semangat Qiqi nak berblogging kembali, kerana nampak kejayan demi kebangkitan dalam diri mereka.
Namun, sejak akhir-akhir ni, Qiqi terasa blog Qiqi masih lagi kosong walaupun pengunjung yang hadir ke blog ni tidak lah ramai pengunjung seperti otai-otai di atas. Setiap daripada mereka punya matlamat hidup sendiri sedangkan Qiqi??? Masih tercari2 lagi tujuan dan sebab utama Qiqi berblogging.
Adakah apa yang Qiqi tulis, taip selama ini adalah lagha semata-mata? Syok sendiri ke? Mahupun hanya bebelan yang wajar dilayan sebentar sahaja. Serius, Qiqi ingin berubah ke arah yang lebih baik, namun Qiqi sediri tidak tahu bagaimana harus berubah ke arah yang lebih baik. Bukan mudah untuk menjadi yang terbaik dan bukan susah juga kita nak jatuh dari kejayaan.
Ataupun, Qiqi sememangnya tidak layak untuk berblogging dan harus berhenti setakat ini sahaja? ........................................
p/s: Apakah matlamat anda yg sebenarnya????Fikir-fikirkan lah
p/s2: entry yg taadak gambaq

0 comments:
Post a Comment