Tuesday, December 7, 2010

RakYAt ditiNdas??


Betul ke rakyat ditindas?? BEtul ke???? Sebagai makhluk yang masih boleh berfikir ni, Qiqi rasa amatlah tidak wajar apabila pengusaha-pengusaha makanan, pembekal barang-barang keperluan yang lain mengambil kesempatan di atas kenaikan harga GULA dan MINYAK PETROL RON 95 . Apa yang mebuat Qiqi, dan yang lain2 terkilan ialah, kenaikan yang diumumkan kerajaan hanyalah pada 2 barang tersebut tetapi apabila kita pergi membeli suatu barang keperluan, terutamanya gas masak, harganya naik RM1 daripada RM26.50 ke RM27.50. Kalau ak silap Qiqi, harga petrol hanya naik RM 0.05 sahaja tapi mengapa smpai RM 1 naik keatas harga gas memasak.

Begitu juga dengan harga minuman. Kalau tak silap Qiqi, harga gula hanya naik RM 0.20. Tapi ade pengusaha makanan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga Teh TArik yag harga nya sebelum ni hanya RM1.00 atau pon RM0.90 ke RM 1.50!!!!! Berbeza dengan kenaikan harga barang runcit yang sememangny harga nya naik sedikit sahaj, habis semua barang mereka ingin naikkan.

Jika u allz ade ditempat Qiqi sekarang, dikwasan pasar malam Qiqi ni dahulu nya ada 1 penjual air jus yang menjual air RM 1.00 namun pabila harga gula yg naik tak la sebanyak mana dan tidak memberi kesan pun pada harga yg sepatutnya dijual, namun penjual ini telah menggunakan cawan yang lebih kecil dari sebelum nya. BAgi Qiqi amatlah tidak wajar sangat2 kerana Qiqi pernah menjual makanan dan minuman dan Qiqi juga tahu keuntungan yang berlipat gnda dari menjual air tu. Diharap para pengusaha makanan dan minuman tidak mengambil kesempatan terhadap harga gula yang naik ini.





Qiqi tak salahkan kerajaan sepenuhnya dalam hal ni kerana masing-masing antara kita ni ada tanggungjawabyang perlu kita selesaikan. Sewajarnya kita memikirkan dahulu akibat dari tindakan kita tersebut samada kita menzalimi diri kita atau pun kita menzalimi orang lain dan diri kita. Qiqi sangat2 berharap, pihak yang berwajib dapat memantau harga2 barang keperluan rakyat Malaysia sekarang ini kerana ada juga makhluk di mukabumi Malaysia ni memang hobinya sukaaaaaaaaaaaaaa menzalimi orang lain. Kita pula sebagai pengguna jika ada harga yang tidak munasabah yang dikenakan oleh pengusaha, pembekal, silalah membuat laporan kepada KPDNKK ataupun menerusi email ni e-aduan@kpdnkk.gov.my.Qiqi da buat aduan..kome2 leh le kalo nak adu pasal harga2 ni. Ops..lupalak..kalo nak tengok ape harga-harga barang basah, barang kering..leh tengok SINI.

Bersama-samalah kita dalam menangani pengusaha2 kejam ini...Cayok!!!!!!!!!

p/s: nak sonang...ekau masak, makan kat umah jo..jangan beli2 kat lua tu....wat sakit ati jo jang oi...


0 comments:

Post a Comment