Thursday, February 17, 2011

Nasyidofobia??


Ape itu nasyidofobia? Qiqi pon sebenarnye baru kenal term "nasyidofobia" ni. Tapi kalau ikut pe yg slalu dengar, ianya seakan2 takut atau nak menjauhi genre nasyid dimana selalunya lagu2 atau genre2 nasyid ini berkisahkan ketuhanan, keintaan kita kepada Rasul, selawat ke atas nabi, memuji2 ALLAH yang satu. Namun sekarang dah berubah tak seperti di awal kemunculan kumpulan Raihan dikala tahun 90-an.

Dikala itu, Raihan pernah menjadi "Raihanmania" dimana, kumpulan ini amat disanjungi, didekati oleh pendengar dimana konsep dan genre lagu nye telah membawa kite yang pendengar ini dekat dengan lagu2nya yang berkonsep ketuhanan, memuji Nabi Muhammad S.A.W. Secara jujur ye, Qiqi menghafal Rukun Islam, Rukun Iman, 25 Rasul, maksud2 puji-pujian kepada ALLAH, Iman tak mungkin diwarisi tu SEMUA dari lagu RAIHAN. Sungguh Qiqi tak tipu. Qiqi nangis2 dikala minta mak belikan kaset (waktu tu memang guna kaset, takde lagi zaman2 guna CD). Sebab lagu Raihan amat dekat dihati. Tidak hairan lah apabila Putera Charles, bakal pewaris takhta England menjemput kumpulan Raihan membuat persembahan di Royal Albert Hall, London.

Namun, zaman kegemilangan kumpulan2 nasyid ini semaki menurun dkala tahun 2000 ke atas. Tiada lagi bisa mahupun lagu yang menyengat untuk kita mendengar seperti lagu Raihan terdahulu. Bukan tiada kumpulan yang menyambung usaha Raihan, ada, seperti kumpulan Rabbani, Hijjaz, UNIC, Saujana, namun, ianya tak segah Raihan. Di hati Qiqi, hanya Raihan yang mampu buat Qiqi beljar tentang agama. Nasihatnya amat tulus suci. Jika nak banding UNIC, di awal pembabitanya Qiqi dah tolak mentah2 sebabnya lagu nya banyak berunsurkan cinta.

Namun sebenarnya ada baiknya lagunya mengisahkan bagaimana percintaan dalam Islam yang dibenarkan. Bukan maksud Islam membenarkan percintaan yang berdua-duaan tu e. Maksudnya dari jarak jauh. Kalu nak jumpa pon kena ade yang mahram kita. Rabbani dengan cara genre rocknya, yang boleh mengajak anak2 muda mendekati lagu2 nya Namun jauh disudut hati, yang dekat dihati Qiqi hanyalah Raihan. Dari kecil dididik dengan lagu2nya.

Namun, jika kita lihat sekarang, hampir kesemua kumpulan dan lagu nasyid seperti "hidup segan mati tak mahu". Mengapakah ianya terjadi?? Hurm, pada Qiqi la, yang jadi sebegini adalah kerana:

  • Orang2 kita lebih mengagungkan muzik2 dari luar yang belum tentu kita paham maksudnya.
  • Lebih pendedahan muzik luar dari dalam negara.
  • Sesyen radio yang kerap memutarkan lagu dari luar dan mengharapkan hanya satu stesyen, iaitu IKIM untuk memutar lagu nasyid.
  • Lagu nasyid hanya kedengaran pada hari JUMAAT sahaja, sebelum solat Jumaat dan selepas solat Jumaat. Tak salah kan kalau ianya kerap disiarkan.
  • seharusnya stesen TV dan rradio saling bekerjasama memutarkan lagu2 yang berunsurkan ketuhanan, keISlaman dan jangan hanya bergantung pada sesebuah stesyen TV atau radio sahaja.
Lain2 Qiqi pasti ada yang boleh menambah kan sebab ape genre nasyid sekarang lebih jadi "NASYIDOFOBIA".

Wallahua'lam


p/s: Bosan dengan lagu yang cm nak bagi orang tido.HAish

0 comments:

Post a Comment